Monday, 8 August 2011

Sarawak Bumi Kenyalang



Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Burung Kenyalang (Rhinoceros Hornbill) merupakan burung rasmi negeri Sarawak. 

   Oleh kerana spesies Burung Kenyalang ini yang hanya boleh didapati di negeri ini, Sarawak turut dikenali sebagai Bumi Kenyalang (Land of the Hornbill). Sengalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan Iban, terutamanya Hari Gawai Kenyalang.

   Bagi sesetengah penduduk Dayak, burung Enggang Badak mewakili Dewa Perang mereka, Singalang Burong. Ia merupakan burung negeri Sarawak. Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada 'Petara'[Tuhan] yang paling berkuasa dalam kaum Dayak,

   Kenyalang mengemari buah ara dan memain peranan dalam penghapusan buah ara – suatu proses yang menujukan penumbuhan penghutanan ekosistem Sarawak.


No comments:

Post a Comment